Maklumat

Maya

Menu
  • About
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
Menu
Inilah 3 Rahsia Mudah Buat Sambal Kicap Tahan Lebih Lama Dan Sedap

Inilah 3 Rahsia Mudah Buat Sambal Kicap Tahan Lebih Lama Dan Sedap

Posted on September 30, 2019 by admin

Sambal kicap kalau dengan padanannya memang buat kita teringat-ingat. Baik dimakan dengan Pisang Goreng, Ikan Bakar atau boleh dimasukkan ke dalam sup untuk menaikkan rasanya. Sambal kicap memang pelbagai gunanya, jadi memang tak rugi kalau nak buat banyak-banyak dan jadikan stok simpanan.

Perkongsian yang dikongsikan oleh Fatimah Naamat mengenai sambal kicap yang disimpan lama di dalam peti sejuk memang patut kita cuba. Paling menarik katanya, sambal kicap ini mampu bertahan lama, sehingga bertahun lamanya. Jom kita ikut caranya.

Rahsia nak buat sambal kicap yang tahan lama ni Tim belajar dari kak ipar, Kak Ngah namanya. Nilah seronok beripar duai, kita belajar teknik masakan yang banyak.

1. Cili dan kicap mesti sama sukatannya.
Kalau semangkuk cili, kicap pun mesti semangkuk. Tim suka pakai kicap lemak manis. Nak pakai kicap masin kena tambah gula sikit. Letak beberapa ulas bawang putih.

2. Kisar lama
Kisar cili dan kicap sampai hancur setiap biji cili. Kisar biar lama sikit. Kalau nak pedas piaw pakailah cili padi semua. Tim campurkan cili siam dan sikit cili hijau.

3. Masak Lama
Masak atas api perlahan sampai ianya pekat dan likat. Kiranya sampai campuran kicap dan cili jadi separuh dari asalnya. Campur cuka atau limau untuk ada elemen masam.

Sambal kicap ni boleh simpan bertahun-tahun dalam peti ais. Boleh cicah dengan ikan bakar atau letak dalam sup panas.

Bukan sahaja perkongsian 3 cara ini, malah tiga rakan-rakan Fb juga berkongsi rahsia mereka sendiri untuk memastikan Sambal Kicap lagi sedap dan power. Jom tiru.

cara masak sambal kicap, cara buat sambal kicap, petua sambal kicap, resepi sambal kicap, resepi sambal kicap johor

cara masak sambal kicap, cara buat sambal kicap, petua sambal kicap, resepi sambal kicap, resepi sambal kicap johor

Thanks pada kawan-kawan di FB kasi tips extra.

  1. Puan Aini – Bakar bawang putih sekali dengan kulit dia sebelum masuk blender. Sambal kicap akan lebih wangi.
  2. Puan Nisa – Boleh campur belacan goreng pada yang suka.
  3. Puan Fawzika – Goreng layu dengan sedikit minyak bawang putih, cili dan sedikit kismis sebelum kisar dan masak. Letakkan sedikit cuka ketika masak. Sambal jadi berkilat.

Selamat mencuba.

Credit : Fatimah Naamat

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Posts

  • Subhanallah, Masjid Diserbu Beribu-Ribu Non Muslim Untuk Kenali Islam [Video]
  • Lailatul Qadar: Doa, Tanda, Kelebihan Dan Amalan Yang Digalakkan
  • Kaedah berkesan memcuci sinki, tak perlu panggil tukang paip lagi.
  • Perut Buncit Jadi Ramping, Setiap Kali Bangun Pagi Dalam 2 Minggu Sahaja “Hanya 3 Bahan Ini”
  • Inilah Empat Doa-Doa Dari Nabi SAW Untuk Kesembuhan Penyakit Yang Boleh Kita Amalkan

Recent Comments

  • MOHD ISMAIL on JUTAWAN ISLAM YANG MEWAKAFKAN TANAH DAN SAHAM BERNILAI RM56.6 JUTA
  • Michaelsic on Kaedah berkesan memcuci sinki, tak perlu panggil tukang paip lagi.
  • Nathanhip on Kaedah berkesan memcuci sinki, tak perlu panggil tukang paip lagi.
  • Joseph M. Morris on Inilah Empat Doa-Doa Kesembuhan Penyak1t Dari Nabi SAW Untuk Yang Boleh Kita Amalkan
  • Yuriko Wauford on Inilah Empat Doa-Doa Kesembuhan Penyak1t Dari Nabi SAW Untuk Yang Boleh Kita Amalkan

Archives

  • January 2021
  • May 2020
  • October 2019
  • September 2019

Categories

  • Doa
  • Kesihatan
  • Pengetahuan
  • Tauladan
  • Tazkirah
  • Uncategorized

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
© 2021 Maklumat | Powered by Superbs Personal Blog theme