Maklumat

Maya

Menu
  • About
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
Menu
Wajah Orang Yang Selalu Bersujud Lebih Muda Dan Berseri-Seri Daripada Gunakan Produk Kecantikan, Ini Kata Dari Doktor Tau

Wajah Orang Yang Selalu Bersujud Lebih Muda Dan Berseri-Seri Daripada Gunakan Produk Kecantikan, Ini Kata Dari Doktor Tau

Posted on September 30, 2019 by admin

Kadang-kadang kerana kekangan waktu, kita tergesa-gesa tunaikan solat. Baca surah pendek, rukuk ala kadar dan sujud pun macam kilat. Tapi kalaulah kita tahu betapa banyaknya hikmah sujud tu, tentu ramai yang sanggup berlama-lama, berbisik ayat-ayat cinta pada Maha Pencipta.

Wajah Orang Yang Selalu Bersujud Lebih Muda Dan Berseri-Seri Daripada Gunakan Produk Kecantikan, Ini Kata Dari Doktor Tau

Selain kesihatan, salah satu manfaat sujud yang mungkin disukai wanita adalah kesannya untuk kecantikan muka. Baca penerangan doktor ini kepada ulama Pakistan, Shaykh Zulfiqar Ahmad yang ternyata mengejutkan!

Saya pernah berada di Muzium Udara dan Angkasa Negara, Amerika Syarikat milik Institusi Smithsonian, apabila seorang doktor mendekati saya. Dia mula bercakap dengan saya. Dia berkata, Muslim yang melakukan banyak ibadah terdapat sinaran di wajah mereka.

Saya menjawab, ya memang ada, mereka mempunyai cahaya ketakwaan. Doktor itu menjawab bahawa ada sebab kenapa wajah mereka bersinar. Lalu saya pun bertanya apa sebabnya.

Dia menjawab bahawa darah disalurkan kepada organ-organ manusia di bawah jantung dengan mudah, tetapi sukar untuk darah disalurkan bahagian di atas jantung. Itulah sebabnya, kepala tidak mendapat jumlah darah yang patut ia dapat.

Sujud Melancarkan Darah

Apabila orang-orang Muslim bersolat dan sujud, dalam kedudukan ini kepala dan muka berada di bawah jantung. Ini adalah satu-satunya cara darah dapat membanjiri muka. Apabila kamu sujud lama, kamu dapat merasakan darah di wajah kamu.

Saya menjawab, ya boleh. Dia kemudian berkata, ia adalah peredaran darah setiap hari yang menjadikan muka segar.

Saya fikir sendirian, jika wanita mengetahui perkara ini, dengan bersolat wajah kekal muda, jadi, mereka akan meninggalkan krim (solek) dan akan bersegera menunaikan solat.

Dan pada hakikatnya mereka yang beramal soleh, kamu akan melihat cahaya di muka mereka. Bukan saja kesan rohani ada di muka, tetapi juga ada manfaat kepada tubuh.

Hadis riwayat Muslim menyatakan, “Hendaklah kamu memperbanyakkan sujud kepada Allah, kerana tidaklah kamu sekali sujud kepada-Nya melainkan Dia mengangkatmu satu darjat dan menghapus satu kesalahanmu (dosa) darimu.”

Semoga Allah memberi kita taufik untuk meningkatkan (masa) sujud kita, berlama-lama mencium bumi agar doa sampai ke langit tinggi! Norzalina Mohd Alias. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Semuanya JDT

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Posts

  • Subhanallah, Masjid Diserbu Beribu-Ribu Non Muslim Untuk Kenali Islam [Video]
  • Lailatul Qadar: Doa, Tanda, Kelebihan Dan Amalan Yang Digalakkan
  • Kaedah berkesan memcuci sinki, tak perlu panggil tukang paip lagi.
  • Perut Buncit Jadi Ramping, Setiap Kali Bangun Pagi Dalam 2 Minggu Sahaja “Hanya 3 Bahan Ini”
  • Inilah Empat Doa-Doa Dari Nabi SAW Untuk Kesembuhan Penyakit Yang Boleh Kita Amalkan

Recent Comments

  • MOHD ISMAIL on JUTAWAN ISLAM YANG MEWAKAFKAN TANAH DAN SAHAM BERNILAI RM56.6 JUTA
  • Michaelsic on Kaedah berkesan memcuci sinki, tak perlu panggil tukang paip lagi.
  • Nathanhip on Kaedah berkesan memcuci sinki, tak perlu panggil tukang paip lagi.
  • Joseph M. Morris on Inilah Empat Doa-Doa Kesembuhan Penyak1t Dari Nabi SAW Untuk Yang Boleh Kita Amalkan
  • Yuriko Wauford on Inilah Empat Doa-Doa Kesembuhan Penyak1t Dari Nabi SAW Untuk Yang Boleh Kita Amalkan

Archives

  • January 2021
  • May 2020
  • October 2019
  • September 2019

Categories

  • Doa
  • Kesihatan
  • Pengetahuan
  • Tauladan
  • Tazkirah
  • Uncategorized

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
© 2021 Maklumat | Powered by Superbs Personal Blog theme